^o^ my pets, tolong bagi mkn ye kwn2.. ^o^


name: Habbab & Habib


name: Nawi

Thanks ye kwn2 sbb tolong Cik Yan bagi mkn pd Habbab, Habib & Nawi ^_^

Monday, April 25, 2011

Malu bertutur Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 25 April - Rakyat di negara ini diminta supaya tidak memandang remeh bahasa Malaysia dengan berasa malu untuk bertutur di khalayak ramai seolah-olah bahasa kebangsaan itu bukan bahasa ibunda negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Malaysia yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia.
Menurut beliau, dari segi jumlah penggunaan bahasa di seluruh negara bahasa kebangsaan adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding bahasa-bahasa lain.
''Saya rasa ini kerana sikap, mungkin jika tidak menggunakan bahasa Inggeris tidak glamor dan seolah-olah bahasa Malaysia ini adalah bahasa yang rendah.
''Paling penting adalah soal keyakinan untuk menggunakan bahasa kita. Oleh itu, saya menekankan supaya kempen menggunakan bahasa kebangsaan harus diteruskan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Firdaus ingin tahu punca kemerosotan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat negara ini termasuk kakitangan awam dan syarikat swasta yang dilihat seperti ada yang tidak kena terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan di negara ini.
Muhyiddin yang merupakan Menteri Pelajaran tidak menafikan bahawa wujud rasa bimbang pihaknya terhadap kemunduran penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat hari ini yang lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.
Menurutnya, senario tersebut turut berlaku dalam majlis-majlis kerajaan yang mana penghormatan kepada bahasa luar terpaksa diutamakan sekiranya para jemputan terdiri daripada pihak negara luar walaupun bilangannya sangat kecil.
''Cuba lihat dalam majlis-majlis kerajaan, walaupun dalam majlis itu ada dua tiga kerat orang bangsa asing, pihak penganjur akan mengatakan minta maaf kerana terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan hanya ada dua tiga 'mat salleh' tetapi kita pula nak tukar bahasa kerana nak ikut kerenah mereka.
''Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia, tidak ada orang hendak berlanggan atau berurus niaga dengan kita dan dianggap ia tidak boleh membawa keuntungan," jelas beliau.
Timbalan Perdana Menteri berkata, suasana kurang mesra bahasa kebangsaan di negara ini jauh berbeza dengan keadaan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun iaitu rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri, malah mendaulatkan penggunaannya pada semua peringkat.
''Sewaktu saya di China baru-baru ini, mereka di sana bercakap semua dalam bahasa mereka, apabila ada sesuatu majlis, bahasa utama mereka juga adalah bahasa ibunda negara itu, cuma apabila hendak bercakap dengan kita barulah mereka menggunakan bahasa Inggeris," katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, untuk memastikan keadaan kurang yakin terhadap bahasa Malaysia, kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang telah mengadakan mesyuarat pertama bagi melihat bagaimana bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan kepada kedudukannya yang sepatutnya.
Di samping itu, kata Muhyiddin, kurangnya tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan juga antara faktor berlakunya keadaan bahasa Malaysia dipinggirkan.

26/4/11
9:22 a.m 

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


بسم الله الرحمن الرحيم
Di pagi Selasa yg indah ni cik yan nak kongsi sikit tentang adab seorang murid terhadap gurunya. murid yg cik yan maksudkan di sini bukan sahaja pelajar yg berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah tetapi termasuklah pelajar-pelajar yg menuntut di IPTA / IPTS. walaupun anda seorang siswa/siswazah, adab-adab dengan pensyarah yg merupaka guru anda perlulah dititik beratkan. memandangkan cik yan pun merupakan seorang pelajar, cik yan dapat lihat betapa ramainya pelajar-pelajar yg mengabaikan adab-adab ini. kepada meraka yg masih lagi menjaga adab dengan guru ini, alhamdulillah...semoga ia terus dijaga. bagi mereka yg mungkin terlupa ttg adab2 ini, cik yan harap dengan perkongsian kali ini dapat menjentik hati anda untuk kembali menitik beratkan ttg adab-adab terhadap guru.
  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
sesungguhnya keredhaan guru sangatlah penting dalam menuntut ilmu.Semoga input ini berguna dan dapat diamalkan oleh insan yang bergelar pelajar. tidak bermakna apabila kita dah berada di 'menara gading' adab-adab ini kita boleh abaikan. 
cik yan juga mengingatkan diri sendiri..

26/4/11
8:41 a.m

Monday, April 18, 2011

Kameraku Merajuk.....T_T

cik yan baru jek pasang niat nak beli kamera baru yg cggih (nikon)..ingatkan bila dpt duit rebet mase konvo bulan 10 nnti (insya Allah) nak beli kamera tu. tapi x de la betul2 pun niatnye tu...mcm main2 jek pun....
tapi entah mcm mane kamera yg sedia ade ni merajuk la plak....haihhh....kamera oh...kamera..khidmatmu masihku perlukan lagi. 
nak tunggu bulan 10 tu?? masih jauh lagi perjalanannye dan byk lagi peristiwa yg memerlukan khidmatmu wahai kamera 'Fujifilm' ku syg...
nak menempuh hari2 terakhir kat kolej, nak praktikal, kakak nak pinjam bulan 6 nnti dan yg paling penting nak raye..wuuaaaaa.........
kamera tu rosak bukan sebab x leh on, tapi sebab smlm mase tgh on kamera tu anak buah cik yan yg comel tu jatuhkan...habis bengkok zoom lens 'Fujifilm'.... amek pic pun jadi kabur dah..haaiiihhhh....
yana...yana...
pic baby baru pun lum sempat amek lagi ni..
nak gune nset?? x cntik la pic nye...biase la...nset x cggih...
tapi x pe la..
cik yan x tahu sama ade perkara ini merupakan rahmat ataupun musibah pada diri cik yan.
tapi cik yan berprasangka baik kepada Allah.=)


19/4/11
8:43a.m

Saturday, April 16, 2011

MUET?? sekadar melepaskan batuk di tangga..

alhamdulillah....akhirnya abis gak MUET ku. heheeee
dah la dtg lambat tadi, time speaking pun dtg lmbat gak. hisy3....ape nak jadik nie??
last teusday lmbat jugak sbb bgun tido lmbat, exm kul 7.30 smpai dwn kul 7.40..
tadi exm kul 8.00 tp smpai dewan kul 8.10...lmbat sbb naik second bus,kul 7.15 tp jln kul 8.00 dan penumpang terakhir naik bas kul 7.20...then penumpangnye cume 11 org jek. geram btul... smpai kolej terpakse berlari ke dewan plak tu.haihhh..penat betul, nasib baik x lewat 30 minit..klu x, x bley amek exm. sia2 jek nnt..
mase exm reading tadi, mcm nak x nak je buat.....45 soalan,90minit...text nye berjela......mls nak bace. buat jek la....dpt ben 1 repeat......hahahaaaa....mase tu nak buat betul2..=)
 writing n listening......ok la, bleh buat..mase writing tu kite kasi goreng habis2an....hahaaaa
x kesah la...x de org lain yg bace except penanda kertas jwpn tu.heheee
ingat habis exm nak terus blek kg, tapi bapak x bagi blek ari ni sbb takut smpai muar lmbat then x de org yg nak amek kat muar...kak yani x de kat umah, abg mamat plak penat keje....x nak susah kan diorg.....
tapi x pe la, x lame pun nak tunggu esok. pejam celik pejam celik, kejap je dah hari ahad.....
sebelum terlupe, tadi lepas makan tgok nset..sbb g kolej tadi x bwk nset..
tengok2 je ade 2 msg.
tgok kat inbox msg dari kak yie & abg jai...=)
happy sbb dah lame x cntact diorg...mklum la sye ni bz skit dah hujung2 sem ni.
abg jai kat jepun...dye ckp kul 11 tadi ade gempa bumi lagi...takut i.
pastu kak yie plak....
dah dpt baby boy!!!!! happy nye dah dpt anak buah lagi.. suke3....
skrg anak buah i dah ade 10 org. 6 puteri, 4 putera=)
anak i?????
heheeee........anak cacing byk.hahahaaa
utk  abg jai, smge baik2 jek kat jepun tu dan slmt berlayar ke pasir gudang.
kak yie, cgrate sbb dpt anak kedua dan smge baby ngan kak yie sihat2 selalu=)
cuti smggu nnt nak lawat kak yie kat JB sbb dye nak berpantang kat sane..



16/4/11
3.10pm

Thursday, April 14, 2011

Lori Mainan^_^

dua minggu lepas my lect. ade bagi tugasan tambahan utk topup markah..4% only..but its very valuable for me. heheee....sape yg x nak mrkah percumakan? kerja yg lect bagi sgt mudah dan dye bagi kami 4 pilihan. 
*buat apa2 model yg diperbuat drp barang terpakai
*hafal surah Al-Mulk/As-Sajdah
*buat dua2 sekali (markah lebih la.hehee)

*atau x buat langsung=)


agak pening jugak la nak buat pilihan mase tu..
tapi akhirnya sye memilih pilihan yg ke3..hari jumaat minggu lepas baru start menghafal (surah Al-Mulk) n cari idea....cari2 gmbar kat Google Image...then terjumpe la gmbar lori mainan yg diperbat drp kotak ubat gigi...
apalagi sye pun click la kat pic tu dan akhirnya dpt la idea utk buat model ape..heheee mudah je kan
4 hari menghafal baru dapat 15 ayat, tapi x sempat nak abiskan sbb tmpoh m'hfal dah habis..so sye buat keputusan utk m'batalkannya...then teruskan usha utk m'buat model..publish kat wall FB utk cari kotak ubat gigi. heheee....ape2 je la kan?
tapi berkesan tau guna cara tu. ade lah kawan2 yg menghulurkan bantuan........heheeee...gunakan kemudahan yg ade.
bahan2 lain ade yg sye import khas drp kg tercinta.
dua hari mlm buat, akhirnya siap jugak...x susahpun nak buatnye..
ni antara brg2 yg diperlukan dan hasilnya.

bahan-bahan yang diperlukan

 penutup botol


hammer & nail


gunting & stapler

 lidi

 kotak ubat gigi


hasilnya^_^





yesterday, sye present lori mainan dlm kelas...tengok kwn2 punye model, cantik2=) 
after semua dah present, lect pun beritahu la knpe dye suruh kitorg wat model or hfal surah...
mmg betul la ape yg lect kitorg ckap.dgn menjalankan tugasan itu, kite boleh tengok idea2 org lain then kite boleh gunakan idea2 tersebut bile kite mengajar nnt..
syg nye smlm x sempat nak ambik pic model2 diorg sbb ade sesi air mate=(


15/4/11
10:06

Puteriku Sayang..

Aduhai puteriku sayang..
Aduhai puteriku sayang..
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Friday, April 8, 2011

kisah semasa menunggu makanan..(^o^)

...........................
mase tgh berdoa tadi, tetibe je t'dgr bunyi pintu dibuka....
pintu bilik kwn la.....pastu dgr plak bunyi tapak selipar dye menuju ke bilik sye...
selesai berdoa n bukak telekung sye kluar bilik dn nmpak kwn tgh bersiap..
"kina, makanan dah sampai ke?"sye tanye kwn sye la...
"ape dye su?"
"makanan dah sampai eh.."
"ha'a.."kina jwb.
gmbire nye hati bile kina jwb mcm tu..hihiiii, sebenarnye mse solat tdi perut dah berbunyi...
"krioookkkkkk....krioookkkk....." minta mkan la si perut tu...
lepas bersiap kami berdua pun turunlah menunggu kak ina hntar makanan...
lame jugak la kami tunggu kak ina tu, smpai kami dpt lihat satu kes yg menarik lagi.
mase tgh duk menunggu makanan smpai tu, ade la sbuah krete Satria ni park kat dpan pintu pagar hostel.
pastu driver nye pun keluar dn menuju ke arah kami..(lelaki)
"assalamualaikum kak" (mcm la kami ni dah tua sgt...)
"wa'alaikumussalam.."kami pun jwb.
tnpa bertanya org itu pun terus memulakan bicara
"em..kak, sebenarnye sye nak jumpe tunang sye..tapi dye x nak turun.."
sye dan kina berpandangan sesame sendri, tahan gelak..(dlm hati, betul ke tunang??)
"kenapa?" sye tanye kpd org tu.
"tunang sye merajuk, tak nak turun..sye nak bagi barang kat dye ni."
kina pun tanye, "barang ape?"
di kotak fikiran kina brg tu adalah teddy bear, bunga dn hadiah yg dlm kotak..
"buah durian....."
nak tergelak kami..tapi x de la tergelak depan org tu..
selepas berbincg, org tu pun nak bagi no tel tunang dye pada kami spy kami bleh cntact tunang dye n tolong bg 'durian' tu kat tunang dye..
"ok, berapa no dye" kina dah bersedia nak tekan keypad utk smpan no tel tunang org tu..
"013.....haaa...itu pun dye, terima kasih ye kak"
rupe2nye tunang dye dh smpai da....heheee
kami lihat, msm mencuke jek muka tunang dye tu..(junior)
pastu diorg pun keluar menuju ke kereta..kami perhatikan saje smbil berpandangan sesama sndri n tersnyum-snyum..
nampak la yg lelaki tu bgi durian kat tunang dye..then...diorg pun msuk kereta, kami ingatkan diorg nak keluar ke apa ke..rupe2nye lelaki tu nak hntar tunang dye masuk dlm la...
x lame kemudian,suami kak ina pun smpai dgn membawa mkanan yg kami pesan di kedai makannya..
then...

kina g rumah kwn dye for her assgment n sye go back to my room, n makan sorg2..sdey kan mkn sorg2=(
tapi x pe la,  kenyang jugak..heheee(^_^)alhamdulillah...

Thursday, April 7, 2011

Rasulullah SAW dengan buah limau

dah lame rasenye sye x buat entry dlm blog ni...bukannye ape, x de mase la...dah last sem ni byk plak koje yg nak disiapkan, so sye pun kene lah dahulukan yg lebih penting kan? betul x, betul x?




alhamdulillah semuanya dah selesai, assgment semua dah hantar...bahagianyerr....
ok la memandangkan hari ni pun hari jumaat, saye pun nak share sikit la ttg kisah Rasulullah SAW dgn buah limau..tapi nak mintak kwn2 selawat ke atas nabi SAW sebelum membaca...



dah selawat?? klu dah alhamdulillah.....bagus2..
 ok teruskanlah membaca ya, semoga anda dapat mengambil satu pengajaran melalui kisah ini..



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


oleh itu, marilah kite sama2 membina akhlak yg baik.
semoge dgn akhlak yg baik itu mampu menggagalkan niat jahat org2 yg dengki terhadap kite...hah,pada sesiapa yg ade niat jht terhadap org lain tu...ingat2 la yek..