^o^ my pets, tolong bagi mkn ye kwn2.. ^o^


name: Habbab & Habib


name: Nawi

Thanks ye kwn2 sbb tolong Cik Yan bagi mkn pd Habbab, Habib & Nawi ^_^

Wednesday, June 1, 2011

B E L A L A N G cik yan^_^

semalam x sempat nak upload gmbar belalang,
hari ni cik yan nak kongsi gmbar 'belalang' cik yan kat kwn2..





2/6/2011
9:58 a.m

Terima Kasih Bapak...^_^

alhamdulillah...
akhirnya, cik yan dah ade kenderaan sndiri^_^
suke3...
semalam bapak cik yan dah belikan sebuah motosikal utk cik yan.
heheheee....
suke sgt2...
syukran bapak...^_^
SAAAYANG BAPAK^_^
hari ni cik yan dah bawak moto cik yan balik melaka...
heheee...
tak sempat kakak cik yan nak ronda2 nek moto baru, ciannnn dye...
tapi x pe, jumaat nnti cik yan nak balik kg lagiiii....
bestnyerrrr....
cik yan nak bagi nama kat moto cik yan tu dgn nama
'belalang'
sbb....
warna dye hijau, kakak cik yan ckp mcm belalang, so cik yan nak bgi nama belalang kat moto cik yan tu..
heheee

1/6/2011
8:10 p.m

Saturday, May 28, 2011

PERTANDINGAN MEWARNA di TESCO^_^

Di kala kwn2 lain sedang seronok bercuti dgn family kat kampung masing2, cik yan terpakse berada di TESCO melaka..ye la, cik yan kene bawa murid2 tadika masuk pertandingan mewarna kat situ anjuran PERPUSTAM+TESCO..
disebabkan cikgu Aini kene g kursus selama 5 hari dr hari Jumaat hari tu, cik yan kene lah gantikan dye bwk murid2 ke p'tndingan tersebut..
tapi x pe lah, nasib baik ade kawan. so enjoy jek.=)
tadika hntar 10 org murid tapi 7 org jek yg dpt dtg, kire ok lah tu.. 
tadika kwn cik yan, 4org jek yg dtg.
drp 7 org yg dtg tu, 4 org yg dpt hadiah, tapi cume saguhati jek lah.. heheheee
kire ok la tu kan.
ni dye gmbar mereka..^_^


 Alia Safiya
 Hariz

 Farhan

 Ardinie

 Amirul Hadi

 Boboy & Qistina, diorg ni dtg lmbat jadi x dpt masuk pertandingan sebab mase mewarna tinggal 10minit jek lagi..kesian Boboy =(

 Balqis

 Shauqina

 Balqis & Shauqina adik beradik,Qina 5thn Balqis 4thn. tapi diorg dah mcm kmbar, sampaikan birthday Qina pun kite kene ckp birthday Balqis jugak. klu x Balqis menangis.
hehee kelakar la diorg ni, tapi cute..


dah la, cukup la smpai sini je dulu. cik yan nak blek kg hari ni...^_^
suke sgt...


29/5/2011
2:53p.m

Monday, May 16, 2011

SELAMAT HARI GURU^_^

SELAMAT HARI GURU 
KEPADA SEMUA YG BERGELAR PENDIDIK=)
HANYA ALLAH YG DAPAT MEMBALAS JASA-JASAMU..
 
16/5/11
10:51p.m 

>>Air Tangan Kak Yie^_^

 بسم الله الرحمن الرحيم
 alhamdulillah...dah 3 hari jugak sye duduk kat rumah kak yie (Desa Tebrau)..
sejak hari Sabtu smpai la skrg ni, insya Allah esok akan blek ke Muo semula sbb hari Khamis dah nak pegi rumah sewa kat melaka hntar barang2..
hari ke3 duk kat umah kak yie, x g jalan2 pun..duk umah jek.
semalam dah g shopping kat TESCO, nak ke JUSCO x sempat..hehee
balek dari shopping kak yie masak tom yam, saye tolong potong2 sayur jek. heheee
sedaaappppp.......^_^
lepas makan, borak3...
then, kak yie nak buat kuih 'kasui'..
kak yie ni pandai buat kuih, semenjak dye menjual kuih mase dye mengandungkan Haikal.
banyak jugak la kuih yg dye tau buat even baru bljr buat kuih, sedap pulak tu.
ramai jugak la pelanggan tetap yg membeli kuih-muih kak yie..
tapi skrg dye dah tak meniaga lagi sbb dlm pntang (tapi mcm x berpantang pun..) dan x kan meniaga lagi kot...
anak dah 2..x sempat nak buat kuih dn meniaga.
nnti anak ke mana, meniaga ke mana pulak jadinya..
tapi even x meniaga, kak yie berhajat nak buat kuih dn hntar kat warung2. kerja sambilan...
angan2 nye je la..hehee. jadi x jadi, kite tunggu..
hajat dye nak ber'business' mmg tinggi dn skrg tengah cari idea utk buat business ape.
eh, jauh pulak ceritenye..nak story bab kak yie buat kuih sebenonye ni..
smbung balek..
lepas makan dn borak2, kak yie buat kuih kasui...
senang jek tengok dye buat, kejap jek dah siap.
kuihnye lembut, cukup rase...tapi syg, x de kelapa..
heheee
tapi sedap jugak dimakan even x de kelapa.
hari ni pulak, kak yie buat kuih karipap. kemas je dye punye karipap.
sye tengok jek. heheee..
tapi ade la tolong sikit, goreng karipap tu.
mula2 hangus sikit sbb api beso sgt, second time baru ok sikit..
ni dye karipap yg kak yie buat..
  tepung yang dah siap dibulat-bulatkan


  inti karipap


......


 karipap sebelum digoreng


karipap yang hangus..hehee..ade tangan Balqis yg comel^_^


 rupe karipap yang ok.

lagi sikit jek nak siapkan karipap ni..tunggu ye Haikal=)


 Good.......sedap karipap yg mama buat^_^


sampai tertidur Haikal tunggu mama dye buat karipap>.<


jam10.29pm- Balqis tgh makan karipap yg mama dye buat smbil tengok cik yan buat entry..
kepedasan dye. sian...heheee
jap lagi cik yan amekkan air ye Balqis..
makan non-stop betul si Balqis ni.
mama dye dah sedap tido dah tu, tapi Balqis still dgn makanan dye...hahaa

16/5/11
10:31p.m

Wednesday, May 11, 2011

suka+sedih=?????

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...dah selesai jugak urusan kat UNI..
cume tinggal praktikum je yg belum selesai, tapi nsib baik la bukan kat UNI.. yg tercinta ni. hehehee..
praktikum kat Melaka, kurang 2 minggu jek lagi..
berdebar-debar betul hati ni.
sebelum tu, sye terpakse menempuh perasaan utk meninggalkan UNI.. dlu.
perasaannye ape yek??
tentulah seronok dan x sabar2...heheee
maklumlah..dah lame tunggu saat2 utk meninggalkan UNI..
tapi dlm mase yg sama, sebak jugak hati ni sbb terpaksa berpisah dgn kawan2 dan pensyarah2 yg supporting2 belaka...
i will be miss u all. 
u all lah yg menjadi kekuatan utk kite same2 berjuang menuntut ilmu di UNI.. ni.
luv u all.
even sedih utk berpisah dan x nak berpisah skali pun, kita tetap akan berpisah dan perlu berpisah utk menjalani kehidupan masing2.. 
namun perpisahan ini hanyalah perpisahan fizikal kita shj kerana tali persahabatan yg kita bina x akan putus selama-lamanya.. sue doakan kwn2 semua berjaya dalam hidup masing2 dan jagalah diri u all baik-baik.. peliharalah maruah diri masing-masing utk keluarga dan agama...

12/5/11
8:40a.m

Tuesday, May 10, 2011

>>>>dah bebas tapi lum lega......

بسم الله الرحمن الرحيم

alhamdulillah...
akhirnya habis jugak exam yg terakhir di UNI.. ni. heheheee...bebas akhirnya sye dari UNI.. ni walaupun lum blek kampung lagi sbb ade bengkel praktikal. insya ALLAH hari khamis ni blek la sye ke rumah mak bapak sye..=)
walaupun dah bebas dari exam, tapi sye masih belum boleh untuk menarik nafas lega sbb ade satu proses lagi yg perlu sye tempuh utk m'dpat segulung diploma. proses tersebut adalah 'praktikam'. takut pulak rasenye nak berdepan dgn knk2 prasekolah ni. walaupun dah pernah ke tadika byk kali utk membuat beberapa tugasan, tapi kali ni berbeza sikit situasinye utk ke tadika sbb kali ni sye bukan dtg utk menjalankan tugasan tetapi dtg utk mengajar.
tak tau la mcm mane nak berdepan dgn knk2 ni..harap2 la mereka ni x  nakal sgt. bukannye senang nak kawal kelas tau. perlukan strategi dan kesabaran yg tinggi..
ape2 pun doakan sye bleh menjalankan praktikam ni dgn baik ye kwn2=)


10/5/11
10:52p.m

Monday, April 25, 2011

Malu bertutur Bahasa Melayu

KUALA LUMPUR 25 April - Rakyat di negara ini diminta supaya tidak memandang remeh bahasa Malaysia dengan berasa malu untuk bertutur di khalayak ramai seolah-olah bahasa kebangsaan itu bukan bahasa ibunda negara ini.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Malaysia yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia.
Menurut beliau, dari segi jumlah penggunaan bahasa di seluruh negara bahasa kebangsaan adalah jauh lebih kerap digunakan berbanding bahasa-bahasa lain.
''Saya rasa ini kerana sikap, mungkin jika tidak menggunakan bahasa Inggeris tidak glamor dan seolah-olah bahasa Malaysia ini adalah bahasa yang rendah.
''Paling penting adalah soal keyakinan untuk menggunakan bahasa kita. Oleh itu, saya menekankan supaya kempen menggunakan bahasa kebangsaan harus diteruskan," katanya ketika menjawab soalan tambahan ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Firdaus ingin tahu punca kemerosotan bahasa Malaysia dalam kalangan masyarakat negara ini termasuk kakitangan awam dan syarikat swasta yang dilihat seperti ada yang tidak kena terhadap cara pengajaran dan pembelajaran bahasa kebangsaan di negara ini.
Muhyiddin yang merupakan Menteri Pelajaran tidak menafikan bahawa wujud rasa bimbang pihaknya terhadap kemunduran penggunaan bahasa kebangsaan di kalangan masyarakat hari ini yang lebih mengalu-alukan bahasa Inggeris.
Menurutnya, senario tersebut turut berlaku dalam majlis-majlis kerajaan yang mana penghormatan kepada bahasa luar terpaksa diutamakan sekiranya para jemputan terdiri daripada pihak negara luar walaupun bilangannya sangat kecil.
''Cuba lihat dalam majlis-majlis kerajaan, walaupun dalam majlis itu ada dua tiga kerat orang bangsa asing, pihak penganjur akan mengatakan minta maaf kerana terpaksa bercakap dalam bahasa Inggeris. Sedangkan hanya ada dua tiga 'mat salleh' tetapi kita pula nak tukar bahasa kerana nak ikut kerenah mereka.
''Adakah kerana bila kita menggunakan bahasa Malaysia, tidak ada orang hendak berlanggan atau berurus niaga dengan kita dan dianggap ia tidak boleh membawa keuntungan," jelas beliau.
Timbalan Perdana Menteri berkata, suasana kurang mesra bahasa kebangsaan di negara ini jauh berbeza dengan keadaan negara-negara besar dunia seperti China dan Jepun iaitu rakyatnya begitu bangga dengan bahasa sendiri, malah mendaulatkan penggunaannya pada semua peringkat.
''Sewaktu saya di China baru-baru ini, mereka di sana bercakap semua dalam bahasa mereka, apabila ada sesuatu majlis, bahasa utama mereka juga adalah bahasa ibunda negara itu, cuma apabila hendak bercakap dengan kita barulah mereka menggunakan bahasa Inggeris," katanya.
Sehubungan itu, kata beliau, untuk memastikan keadaan kurang yakin terhadap bahasa Malaysia, kerajaan mewujudkan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan yang telah mengadakan mesyuarat pertama bagi melihat bagaimana bahasa kebangsaan dapat dimartabatkan kepada kedudukannya yang sepatutnya.
Di samping itu, kata Muhyiddin, kurangnya tindakan undang-undang terhadap mereka yang melanggar kesalahan berkaitan bahasa kebangsaan juga antara faktor berlakunya keadaan bahasa Malaysia dipinggirkan.

26/4/11
9:22 a.m 

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


بسم الله الرحمن الرحيم
Di pagi Selasa yg indah ni cik yan nak kongsi sikit tentang adab seorang murid terhadap gurunya. murid yg cik yan maksudkan di sini bukan sahaja pelajar yg berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah tetapi termasuklah pelajar-pelajar yg menuntut di IPTA / IPTS. walaupun anda seorang siswa/siswazah, adab-adab dengan pensyarah yg merupaka guru anda perlulah dititik beratkan. memandangkan cik yan pun merupakan seorang pelajar, cik yan dapat lihat betapa ramainya pelajar-pelajar yg mengabaikan adab-adab ini. kepada meraka yg masih lagi menjaga adab dengan guru ini, alhamdulillah...semoga ia terus dijaga. bagi mereka yg mungkin terlupa ttg adab2 ini, cik yan harap dengan perkongsian kali ini dapat menjentik hati anda untuk kembali menitik beratkan ttg adab-adab terhadap guru.
  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
sesungguhnya keredhaan guru sangatlah penting dalam menuntut ilmu.Semoga input ini berguna dan dapat diamalkan oleh insan yang bergelar pelajar. tidak bermakna apabila kita dah berada di 'menara gading' adab-adab ini kita boleh abaikan. 
cik yan juga mengingatkan diri sendiri..

26/4/11
8:41 a.m

Monday, April 18, 2011

Kameraku Merajuk.....T_T

cik yan baru jek pasang niat nak beli kamera baru yg cggih (nikon)..ingatkan bila dpt duit rebet mase konvo bulan 10 nnti (insya Allah) nak beli kamera tu. tapi x de la betul2 pun niatnye tu...mcm main2 jek pun....
tapi entah mcm mane kamera yg sedia ade ni merajuk la plak....haihhh....kamera oh...kamera..khidmatmu masihku perlukan lagi. 
nak tunggu bulan 10 tu?? masih jauh lagi perjalanannye dan byk lagi peristiwa yg memerlukan khidmatmu wahai kamera 'Fujifilm' ku syg...
nak menempuh hari2 terakhir kat kolej, nak praktikal, kakak nak pinjam bulan 6 nnti dan yg paling penting nak raye..wuuaaaaa.........
kamera tu rosak bukan sebab x leh on, tapi sebab smlm mase tgh on kamera tu anak buah cik yan yg comel tu jatuhkan...habis bengkok zoom lens 'Fujifilm'.... amek pic pun jadi kabur dah..haaiiihhhh....
yana...yana...
pic baby baru pun lum sempat amek lagi ni..
nak gune nset?? x cntik la pic nye...biase la...nset x cggih...
tapi x pe la..
cik yan x tahu sama ade perkara ini merupakan rahmat ataupun musibah pada diri cik yan.
tapi cik yan berprasangka baik kepada Allah.=)


19/4/11
8:43a.m

Saturday, April 16, 2011

MUET?? sekadar melepaskan batuk di tangga..

alhamdulillah....akhirnya abis gak MUET ku. heheeee
dah la dtg lambat tadi, time speaking pun dtg lmbat gak. hisy3....ape nak jadik nie??
last teusday lmbat jugak sbb bgun tido lmbat, exm kul 7.30 smpai dwn kul 7.40..
tadi exm kul 8.00 tp smpai dewan kul 8.10...lmbat sbb naik second bus,kul 7.15 tp jln kul 8.00 dan penumpang terakhir naik bas kul 7.20...then penumpangnye cume 11 org jek. geram btul... smpai kolej terpakse berlari ke dewan plak tu.haihhh..penat betul, nasib baik x lewat 30 minit..klu x, x bley amek exm. sia2 jek nnt..
mase exm reading tadi, mcm nak x nak je buat.....45 soalan,90minit...text nye berjela......mls nak bace. buat jek la....dpt ben 1 repeat......hahahaaaa....mase tu nak buat betul2..=)
 writing n listening......ok la, bleh buat..mase writing tu kite kasi goreng habis2an....hahaaaa
x kesah la...x de org lain yg bace except penanda kertas jwpn tu.heheee
ingat habis exm nak terus blek kg, tapi bapak x bagi blek ari ni sbb takut smpai muar lmbat then x de org yg nak amek kat muar...kak yani x de kat umah, abg mamat plak penat keje....x nak susah kan diorg.....
tapi x pe la, x lame pun nak tunggu esok. pejam celik pejam celik, kejap je dah hari ahad.....
sebelum terlupe, tadi lepas makan tgok nset..sbb g kolej tadi x bwk nset..
tengok2 je ade 2 msg.
tgok kat inbox msg dari kak yie & abg jai...=)
happy sbb dah lame x cntact diorg...mklum la sye ni bz skit dah hujung2 sem ni.
abg jai kat jepun...dye ckp kul 11 tadi ade gempa bumi lagi...takut i.
pastu kak yie plak....
dah dpt baby boy!!!!! happy nye dah dpt anak buah lagi.. suke3....
skrg anak buah i dah ade 10 org. 6 puteri, 4 putera=)
anak i?????
heheeee........anak cacing byk.hahahaaa
utk  abg jai, smge baik2 jek kat jepun tu dan slmt berlayar ke pasir gudang.
kak yie, cgrate sbb dpt anak kedua dan smge baby ngan kak yie sihat2 selalu=)
cuti smggu nnt nak lawat kak yie kat JB sbb dye nak berpantang kat sane..



16/4/11
3.10pm

Thursday, April 14, 2011

Lori Mainan^_^

dua minggu lepas my lect. ade bagi tugasan tambahan utk topup markah..4% only..but its very valuable for me. heheee....sape yg x nak mrkah percumakan? kerja yg lect bagi sgt mudah dan dye bagi kami 4 pilihan. 
*buat apa2 model yg diperbuat drp barang terpakai
*hafal surah Al-Mulk/As-Sajdah
*buat dua2 sekali (markah lebih la.hehee)

*atau x buat langsung=)


agak pening jugak la nak buat pilihan mase tu..
tapi akhirnya sye memilih pilihan yg ke3..hari jumaat minggu lepas baru start menghafal (surah Al-Mulk) n cari idea....cari2 gmbar kat Google Image...then terjumpe la gmbar lori mainan yg diperbat drp kotak ubat gigi...
apalagi sye pun click la kat pic tu dan akhirnya dpt la idea utk buat model ape..heheee mudah je kan
4 hari menghafal baru dapat 15 ayat, tapi x sempat nak abiskan sbb tmpoh m'hfal dah habis..so sye buat keputusan utk m'batalkannya...then teruskan usha utk m'buat model..publish kat wall FB utk cari kotak ubat gigi. heheee....ape2 je la kan?
tapi berkesan tau guna cara tu. ade lah kawan2 yg menghulurkan bantuan........heheeee...gunakan kemudahan yg ade.
bahan2 lain ade yg sye import khas drp kg tercinta.
dua hari mlm buat, akhirnya siap jugak...x susahpun nak buatnye..
ni antara brg2 yg diperlukan dan hasilnya.

bahan-bahan yang diperlukan

 penutup botol


hammer & nail


gunting & stapler

 lidi

 kotak ubat gigi


hasilnya^_^





yesterday, sye present lori mainan dlm kelas...tengok kwn2 punye model, cantik2=) 
after semua dah present, lect pun beritahu la knpe dye suruh kitorg wat model or hfal surah...
mmg betul la ape yg lect kitorg ckap.dgn menjalankan tugasan itu, kite boleh tengok idea2 org lain then kite boleh gunakan idea2 tersebut bile kite mengajar nnt..
syg nye smlm x sempat nak ambik pic model2 diorg sbb ade sesi air mate=(


15/4/11
10:06

Puteriku Sayang..

Aduhai puteriku sayang..
Aduhai puteriku sayang..
Puteriku sayang

Lembutmu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembutmu kan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada Ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Kecergasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya

Aduhai puteriku sayang
Kau bunga kebanggaan
Aduhai puteriku sayang
Kau bunga idaman

Friday, April 8, 2011

kisah semasa menunggu makanan..(^o^)

...........................
mase tgh berdoa tadi, tetibe je t'dgr bunyi pintu dibuka....
pintu bilik kwn la.....pastu dgr plak bunyi tapak selipar dye menuju ke bilik sye...
selesai berdoa n bukak telekung sye kluar bilik dn nmpak kwn tgh bersiap..
"kina, makanan dah sampai ke?"sye tanye kwn sye la...
"ape dye su?"
"makanan dah sampai eh.."
"ha'a.."kina jwb.
gmbire nye hati bile kina jwb mcm tu..hihiiii, sebenarnye mse solat tdi perut dah berbunyi...
"krioookkkkkk....krioookkkk....." minta mkan la si perut tu...
lepas bersiap kami berdua pun turunlah menunggu kak ina hntar makanan...
lame jugak la kami tunggu kak ina tu, smpai kami dpt lihat satu kes yg menarik lagi.
mase tgh duk menunggu makanan smpai tu, ade la sbuah krete Satria ni park kat dpan pintu pagar hostel.
pastu driver nye pun keluar dn menuju ke arah kami..(lelaki)
"assalamualaikum kak" (mcm la kami ni dah tua sgt...)
"wa'alaikumussalam.."kami pun jwb.
tnpa bertanya org itu pun terus memulakan bicara
"em..kak, sebenarnye sye nak jumpe tunang sye..tapi dye x nak turun.."
sye dan kina berpandangan sesame sendri, tahan gelak..(dlm hati, betul ke tunang??)
"kenapa?" sye tanye kpd org tu.
"tunang sye merajuk, tak nak turun..sye nak bagi barang kat dye ni."
kina pun tanye, "barang ape?"
di kotak fikiran kina brg tu adalah teddy bear, bunga dn hadiah yg dlm kotak..
"buah durian....."
nak tergelak kami..tapi x de la tergelak depan org tu..
selepas berbincg, org tu pun nak bagi no tel tunang dye pada kami spy kami bleh cntact tunang dye n tolong bg 'durian' tu kat tunang dye..
"ok, berapa no dye" kina dah bersedia nak tekan keypad utk smpan no tel tunang org tu..
"013.....haaa...itu pun dye, terima kasih ye kak"
rupe2nye tunang dye dh smpai da....heheee
kami lihat, msm mencuke jek muka tunang dye tu..(junior)
pastu diorg pun keluar menuju ke kereta..kami perhatikan saje smbil berpandangan sesama sndri n tersnyum-snyum..
nampak la yg lelaki tu bgi durian kat tunang dye..then...diorg pun msuk kereta, kami ingatkan diorg nak keluar ke apa ke..rupe2nye lelaki tu nak hntar tunang dye masuk dlm la...
x lame kemudian,suami kak ina pun smpai dgn membawa mkanan yg kami pesan di kedai makannya..
then...

kina g rumah kwn dye for her assgment n sye go back to my room, n makan sorg2..sdey kan mkn sorg2=(
tapi x pe la,  kenyang jugak..heheee(^_^)alhamdulillah...

Thursday, April 7, 2011

Rasulullah SAW dengan buah limau

dah lame rasenye sye x buat entry dlm blog ni...bukannye ape, x de mase la...dah last sem ni byk plak koje yg nak disiapkan, so sye pun kene lah dahulukan yg lebih penting kan? betul x, betul x?




alhamdulillah semuanya dah selesai, assgment semua dah hantar...bahagianyerr....
ok la memandangkan hari ni pun hari jumaat, saye pun nak share sikit la ttg kisah Rasulullah SAW dgn buah limau..tapi nak mintak kwn2 selawat ke atas nabi SAW sebelum membaca...



dah selawat?? klu dah alhamdulillah.....bagus2..
 ok teruskanlah membaca ya, semoga anda dapat mengambil satu pengajaran melalui kisah ini..



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


oleh itu, marilah kite sama2 membina akhlak yg baik.
semoge dgn akhlak yg baik itu mampu menggagalkan niat jahat org2 yg dengki terhadap kite...hah,pada sesiapa yg ade niat jht terhadap org lain tu...ingat2 la yek..

Wednesday, March 23, 2011

macam mana nak jimatkan masa ek???

Masa adalah komoditi yang amat berharga pada zaman ini. Sering kali dilihat, mereka yang berjaya adalah mereka yang agak berumur. Ini kerana, masa telah memainkan peranan dalam mengumpulkan kejayan.
Bagaimana pula rahsia mencapai kejayaan cemerlang di usia yang muda? Jawapannya adalah pengurusan masa yang bijak!
Berikut adalah ringkasan 3 tip yang ingin dikongsikan:
  1. Menetapkan matlamat jangka pendek adalah sebahagian daripada mengurus masa dengan cekap. Tulis apa yang anda hendak lakukan hari ini… esok… minggu ini. Kiranya, matlamat jangka pendek. Aksi menulis tersebut akan membuat kan matlamat jangka pendek kita masuk ke minda separuh sedar kita, dan menjadikan kita lebih cekap dalam menyiapkan apa sahaja kerja yang ditulis.
  2. Tulis matlamat di atas pada malam sebelumnya. Kerana, ketika tidur pun, apa yang kita rancangkan untuk esok akan bermain di kepala kita dan membuatkan kerja tersebut lebih mudah untuk dilaksanakan dengan cepat.
  3. Fikirkan kesengsaraan atau berita buruk yang akan terjadi sekiranya kerja yang kita ingin lakukan tidak siap. Manusia adalah insan yang beremosi. Kita melakukan sesuatu kerana inginkan kebahagiaan, dan mengelakkan kesengsaraan. namun, keadaan emosi “mengelakkan kesengsaraan” adalah lebih kuat untuk memotivasikan kita melakukan kerja dengan lebih cekap.
Menjimat masa adalah amat penting kerana masa yang terlepas… kita tidak akan jumpa lagi!

 jadi... selamat mencuba!!!



Tuesday, March 22, 2011

Chanteq Hijab : a place for hijab lover: .Lucky Draw Pengenalan : Chanteq berHIJAB.


Salam semua!! =)
mungkin ramai xmengenali Chanteq Hijab lagi..
Chanteq Hijab menyediakan tudung/shawl yg cantik2, berkualiti n harga berpatutan utk anda!!
Sebagai tanda pengenalan..nk bg adiah skit =)
hope lucky draw ni detik perkenalan kite +)
ros nk wat luck draw =)
nama lucky draw ni : Chanteq berHIJAB ..
okeh.. syarat die simple jer...
*xperlu beli apa2*
   
anda hanya perlu buat spt berikut ye:
  • follow blog chanteq berHIJAB
  • add Chanteq berHIJAB di Facebook=)
  • Like Fan Page C.H...
  • Buat entry tajuk : Chanteq berHIJAB
  • dalam entry anda letak gambar ni (terus link CH) then letak di side bar anda!

'Create

  • letak 1 pic berhijab anda spt di bwh ni=)

  • tinggalkan link kat entry blog mereka..mudah kan?(^_^)
jom joint!!!

RAHMAT ATAU MUSIBAH?


Kisah ini adalah sebuah sejarah kecil pada era Abbasiyah akhir, di mana negeri-negeri Islam tersekat oleh pelbagai kesultanan yang berkuasa sendiri-sendiri. Ini adalah kisah tentang seorang ayah dan anak. Sang ayah adalah seorang bekas hamba (budak). Sepanjang menjadi hamba, cuti pada petang Jumaat sebagaimana yang ditetapkan oleh kesultanan, dimanfaatkan sepenuhnya dengan berhabis-habisan bekerja. Dengan dirham demi dirham yang terkumpul, pada suatu hari dia meminta izin untuk menebus dirinya pada sang majikan.

“Tuan,”ujarnya. “Apakah dengan membayar harga senilai dengan harga engkau membeliku dulu, aku kan bebas?”
“Hmm…Ya. Boleh.”
“Baik, ini dia,”katanya sambil meletakkan bungkusan wang itu di hadapan tuannya. “Allah telah membeliku dari tuan. Dia membebaskanku. Alhamdulillah.”
“Maka engkau bebas kerana Allah,”ujar sang tuan tertakjub. Sang tuan bangun dari duduknya dan memeluk sang budak. Dia hanya mengambil separuh harga yang tadi disebutkan. Separuh lagi diserahkannya kembali. “Gunakanlah ini,”katanya berpesan, “Untuk memulai kehidupan barumu sebagai orang yang merdeka. Aku berbahagia menjadi sebagian tangan Allah yang membebaskanmu!”

Dengan penuh rasa syukur dan terharu, dan juga sedikit khuatir, dia berkata. “Aku tidak tahu wahai tuanku yang baik,” ucapnya dengan mata berkaca-kaca, “Apakah kebebasan ini rahmat atau musibah. Aku hanya berbaik sangka kepada Allah.
*******
Tahun demi tahun berlalu. Sang hamba telah menikah. Tetapi isterinya meninggal dunia ketika menyelesaikan tugas sebagai ibu, menyempurnakan susuan sang putera hingga usia dua tahun. Maka dia membesarkan puteranya dengan penuh kasih sayang. Dididiknya anak lelaki itu, untuk memahami agama dan menjalankan sunnah Nabi, juga untuk bersikap berani dan berjiwa merdeka.

“Anakku,” katanya di suatu pagi, “Ayahmu ini dulu seorang hamba. Ayahmu ini separuh manusia di mata agama dan sesama manusia. Tapi selalu ku jaga kehormatan dan kesucianku, maka Allah memuliakanku dengan membebaskanku. Dan jadilah kita orang merdeka. Ketahuilah anakku, orang bebas yang paling merdeka adalah orang yang mampu memilih caranya untuk mati dan menghadap Ilahi.”

“Ketahuilah,” lanjutnya, “Seorang yang syahid di jalan Allah itu hakikatnya tak pernah mati. Saat terbunuh, dia akan disambut oleh tujuh puluh bidadari. Ruhnya menanti kiamat dengan terbang ke sana ke mari dalam tubuh burung hijau di taman syurga, dan diizin baginya memberi syafaat bagi keluarganya. Mari kita merebut kehormatan itu, nak, dengan berjihad lalu syahid di jalan-Nya!”
Sang anak mengangguk-angguk.

Sang ayah mengeluarkan sebuah kantung berisi emas. Dinar-dinar di dalamnya bergemerincing. “Mari mempersiapkan diri,” bisiknya. “Mari kita beli yang terbaik dengan harta ini untuk dipersembahkan dalam jihad di jalan-Nya. Mari kita belanjakan wang ini untuk menghantar kita pada syahid dengan sebaik-baik tunggangan.”

Pada hari siang, mereka pulang dari pasar dengan menuntun seekor kuda perang berwarna hitam. Kuda itu gagah. Surainya mekar menjumbai. Tampangnya mengagumkan. Matanya berkilat. Giginya rapi dan tajam. Kakinya tegap. Ringkiknya pasti membuat kuda musuh tak diam.

Semua tetangga datang mengagumi kuda itu. Mereka menyentuhnya, mengelus surainya. “Kuda yang hebat!”kata mereka. “Kami belum pernah melihat kuda seindah ini. Luar biasa! Mantap sekali! Berapa yang kalian habiskan untuk membeli kuda ini?”
Anak beranak itu tersenyum simpul. Yah, itu simpan yang dikumpulkan seumur hidup.

Pada tetangga ternganga mendengar jumlahnya. “Wah!,” seru mereka, “Kalian masih waras atau sudah gila? Wang sebanyak itu dihabiskan untuk membeli kuda? Padahal rumah kalian senget nyaris roboh. Untuk makan esok pun belum tentu ada!” Kekaguman di awal tadi berubah menjadi cemuhan. “Pandir!” kata salah satu. “Tak tahu diri!”ujar yang lain.
Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah,”ujar mereka.

Para tetangga pulang. Sang ayah dan anak itu pun menjaga kuda mereka dengan penuh kasih sayang. Makanan si kuda dijamin yang terbaik; rumput segar, jerami kering, biji-bijian, dedak, air segar, malah bahkan ditambah madu. Si kuda dilatih keras, tapi tak dibiarkan lelah tanpa mendapat hadiah. Kini mereka tak hanya berdua, tetapi bertiga. Bersama-sama menanti panggilan Allah ke medan jihad untuk menjemput takdir terindah.

Sepekan berlalu. Pada hening pagi, ketika sang ayah mejemguk ke kandang, dia tak melihat apa pun. Kosong. Palang pintunya patah. Beberapa jeruji kayu terpatah teruk.
Kuda itu hilang!

Berduyun-duyun para tetangga datang untuk mengucapkan belas kasihan. Mereka bersimpati pada cita-cita tinggi kedua anak beranak itu. Tetapi mereka juga menganggap keduanya tersilap dan malang. “Ah, sayang sekali!” kata mereka, “Padahal itu kuda terindah yang pernah kami lihat. Kalian memang tidak beruntung. Kuda itu hanya hadir seketika untuk memuaskan cita-cita kalian, lalu Allah membebaskannya dan mengandaskan cita-cita kalian!”
Sang ayah tersenyum sambil mengusap kepala anaknya. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah,”ujar mereka serentak.

Mereka pasrah. Mereka mencuba untuk menghitung-hitung wang dan mengira-ngira, jika mampu membeli kuda lagi. Sang ayah menatap mata puteranya, “Nak, dengan adanya kuda ataupun tidak, andai panggilan jihad Allah datang, kita harus menyambutnya.”Si anak mengangguk-angguk. Mereka kembali bekerja dengan tekun seakan-akan tidak terjadi apa-apapun.

Tiga hari kemudian, menjelang subuh, kandang kuda mereka riuh. Suara ringkikan bersahut-sahutan. Terkejut dan terjaga, ayah dan anak itu berlari-lari ke kandang. Di kandang itu, mereka melihat seekor kuda hitam yang gagah dan indah. Tak salah lagi, itulah kuda mereka yang pergi tanpa khabar tiga hari yang lalu!

Akan tetapi, kuda itu bukan bersendirian. Ada belasan kuda lain bersamanya. Kuda-kuda liar! Itu pasti kawan-kawannya. Mereka datang dari kawasan luas untuk bergabung di kandang kuda hitam itu. Mungkinkah kuda punya akal? Mungkinkah si kuda hitam yang merasakan layanan terbaik di kandang bekas seorang hamba mengajak kawan-kawannya bergabung? Atau tahukah mereka bahawa kehadiran ke kandangitu bererti bersiap-siaga bertaruh nyawa untuk kemuliaan agama Allah, kelak jika panggilan jihad memanggil? Atau memang itu kah yang mereka inginkan?

“Bertasbih kepada Allah segala yang di langit dan di bumi. Dan Allah  Maha Perkasa dan Maha Bijaksana.” (Surah as-Saff 61:1)

Ketika hari semakin terang, para tetangga datang dengan rasa takjub. “Luar biasa!”kata mereka. “Kuda itu pergi memanggil kawan-kawannya dan kini kembali membawa kawan-kawannya menggabungkan diri!” Mereka mengucapkan selamat kepada pemiliknya. “Wah, kalian sekarang kaya raya! Orang terkaya di kampung ini!” Tapi si pemilik kembali hanya tersenyum. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”

Hari keesokkannya, sang anak mencuba menaiki salah seekor kuda liar itu. Dia gembira memacu kuda ke segala penjuru. Seketika, kuda liar itu terkejut kerana bertembung dengan seekor lembu yang terlepas dari kandang di persimpangan jalan. Kuda itu meronta kuat, dan sang anak terpelanting. Kaki sang anak patah, dan dia merintih kesakitan.

Para tetangga datang menjenguk. Mereka menatap sang anak itu dengan pandangan penuh hiba. “Kami turut prihatin,”kata mereka. “Ternyata kuda itu tidak membawa tuah. Mereka datang membawa musibah. Alangkah lebih baiknya jika tidak memiliki kuda, jika anak sihat sentiasa!”
Sang ayah tersenyum lagi. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”

Hari berikutnya, hulubalang raja mengelilingi negeri. Raja mengumumkan pengerahan psukan untuk menghadapi tentera musuh yang menyerang perbatasan. Semua pemuda yang sihat tubuh badan jasmani dan rohani, wajib bergabung untuk mempertahankan negeri. Sayang sekali, perang ini sukar dikatakan sebagai jihad di jalan Allah kerana musuh yang akan dihadapi adalah sesama Muslim. Mereka hanya berbeza kesultanan.

“Nak,” bisik sang ayah ke telinga anaknya yang sedang berbaring lemah, “Semoga Allah menjaga kita dari menumpahkan darah sesama Muslim. Allah Maha Tahu, kita ingin berjihad di jalan-Nya. Kita sama sekali tidak mahu beradu senjata dengan orang-orang beriman. Semoga Allah membebaskan diri kita dari beban itu!” Mereka berpelukan.

Para hulubalang datang mengunjungi setiap rumah dan membawa para pemuda yang memenuhi syarat. Ketika memasuki rumah sang ayah dan anak yang memiliki kuda, mereka mendapati sang anak terbaring di tempat tidur dengan kaki berbalut, dibalut dengan kayu dan kain.

“Mengapa dengan pemuda ini?’
“Tuan hulubalang,”ujar sang ayah, “Anak saya ini begitu mahu membela negeri dan dia telah berlatih untuk itu. Tetapi beberapa hari yang lepas, dia terjatuh dari kuda ketika sedang cuba menjinakkan kuda liar kami. Kakinya patah.”
“Ah, sayang sekali!” kata sang hulubalang. “Aku lihat dia begitu gagah. Dia pasti akan menjadi seorang perajurit yang hebat. Tapi baiklah. Dia tidak memenuhi syarat. Maafkan aku, aku tidak boleh membenarkannya turut serta!”

Dan pada hari itu, para tetangga yang ditinggal pergi oleh putera-putera mereka yang terpilih menjadi perajurit, datang menemui pemilik kuda. “Ah, nasib!”kata mereka. “Kami kehilangan anak-anak lelaki kami, tumpuan harapan keluarga. Kami terpaksa melepaskan mereka tanpa tahu apakah mereka akan kembali taua tidak. Sementara anakmu masih di rumah kerena kakinya patah. Beruntunglah kalian! Allah menyayangi kalian!”
Tuan rumah ikut hiba melihat kesediahan di wajah-wajah itu. Kali ini sang ayah dan anak itu tidak tersenyum. Tapi ucapan mereka kembali bergema, “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”

Sebulan kemudian, kota itu dipenuhi ratapan para ibu dan tangisan para isteri. Sementara para lelaki hanya termenung dan termangu. Beritanya sudah jelas. Semua pemuda yang berangkat ke perang tewas di medan tempur. Tapi agaknya para penduduk telah banyak belajar dari anak beranak pemilik kuda. Seluruh penduduk kota kini mengucapkan kalimah indah itu. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”

Disingkatkan cerita, tidak berapa lama kemudian panggilan jihad yang sebenar bergema. Pasukan Mongol pimpinan Hulagu Khan menyerbu wilayah Islamn dan membumi-hanguskannya sehingga rata dengan tanah. Orang-orang Mongol maju menyerang seperti banjir bah, menghancurkan peradaban. Sang ayah dan anak itu memenuhi janji mereka. Mereka bergegas menyambut panggilan jihad dangan kalimah indah mereka, “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.”

Kedua-duanya menemui syahid. Namun sebelum itu, ada nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka untuk dirasai di dunia. Sang anak telah ditangkap oleh pasukan Mongol dan dijual sebagai hamba. Dia berpindah-pindah tangan pemilik sehingga jatuh ke tangan Al-Kamil, seorang Sultan Ayubbiyah di Cairo. Ketika pemerintahan Mamluk  menggantikan wangsa Ayyubiyah di mesir, kariernya melonjak cepat dari seorang komando kecil kepada panglima pasukan dan kemudian, Amir wilayah. Setelah wafatnya, Az-Zahir Ruknuddin Baibars, sang anak diangkat menjadi Sultan. Namanya, Al-Manshur Saifuddin Qalawun.

Inilah sekelumit kisah tentangnya. Qalawun yang berani, berprasangka baik dalam segala hal. “Kami tidak tahu, ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik kepada Allah.” Seperti kisahnya, dalam ukhuwah, ada berjuta-juta kebaikan mengiringi prasangka baik kita kepada Allah. Allah sentiasa bersama kita dan melimpahkan kebaikan, kerana kita mengingati-Nya juga dengan sangkaan kebaikan.

 dipetik dari dakwah.info