^o^ my pets, tolong bagi mkn ye kwn2.. ^o^


name: Habbab & Habib


name: Nawi

Thanks ye kwn2 sbb tolong Cik Yan bagi mkn pd Habbab, Habib & Nawi ^_^

Monday, April 25, 2011

Adab Murid Terhadap Guru Mengikut Imam al-Ghazali..


بسم الله الرحمن الرحيم
Di pagi Selasa yg indah ni cik yan nak kongsi sikit tentang adab seorang murid terhadap gurunya. murid yg cik yan maksudkan di sini bukan sahaja pelajar yg berada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah tetapi termasuklah pelajar-pelajar yg menuntut di IPTA / IPTS. walaupun anda seorang siswa/siswazah, adab-adab dengan pensyarah yg merupaka guru anda perlulah dititik beratkan. memandangkan cik yan pun merupakan seorang pelajar, cik yan dapat lihat betapa ramainya pelajar-pelajar yg mengabaikan adab-adab ini. kepada meraka yg masih lagi menjaga adab dengan guru ini, alhamdulillah...semoga ia terus dijaga. bagi mereka yg mungkin terlupa ttg adab2 ini, cik yan harap dengan perkongsian kali ini dapat menjentik hati anda untuk kembali menitik beratkan ttg adab-adab terhadap guru.
  1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
  2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
  3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
  4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
  5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
  6. Jangan mengumpat pelajar lain.
  7. Jangan berbisik di hadapan guru.
  8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
  9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
  10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
  11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
  12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
  13. Jangan duduk tempat guru.
  14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
  15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
  16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
  17. Muliakan anak-anak guru.
  18. Selalu berhubung dengan guru.
  19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
  20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
sesungguhnya keredhaan guru sangatlah penting dalam menuntut ilmu.Semoga input ini berguna dan dapat diamalkan oleh insan yang bergelar pelajar. tidak bermakna apabila kita dah berada di 'menara gading' adab-adab ini kita boleh abaikan. 
cik yan juga mengingatkan diri sendiri..

26/4/11
8:41 a.m

No comments:

Post a Comment