^o^ my pets, tolong bagi mkn ye kwn2.. ^o^


name: Habbab & Habib


name: Nawi

Thanks ye kwn2 sbb tolong Cik Yan bagi mkn pd Habbab, Habib & Nawi ^_^

Thursday, April 7, 2011

Rasulullah SAW dengan buah limau

dah lame rasenye sye x buat entry dlm blog ni...bukannye ape, x de mase la...dah last sem ni byk plak koje yg nak disiapkan, so sye pun kene lah dahulukan yg lebih penting kan? betul x, betul x?




alhamdulillah semuanya dah selesai, assgment semua dah hantar...bahagianyerr....
ok la memandangkan hari ni pun hari jumaat, saye pun nak share sikit la ttg kisah Rasulullah SAW dgn buah limau..tapi nak mintak kwn2 selawat ke atas nabi SAW sebelum membaca...



dah selawat?? klu dah alhamdulillah.....bagus2..
 ok teruskanlah membaca ya, semoga anda dapat mengambil satu pengajaran melalui kisah ini..



"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


oleh itu, marilah kite sama2 membina akhlak yg baik.
semoge dgn akhlak yg baik itu mampu menggagalkan niat jahat org2 yg dengki terhadap kite...hah,pada sesiapa yg ade niat jht terhadap org lain tu...ingat2 la yek..

No comments:

Post a Comment